Mengubah suai rumah baharu anda nampak macam menyeronokkan tetapi ia boleh menelan kos yang tinggi. Dah la rumah mahal, perabot dan bil utiliti nak bayar juga, memang cepat kehabisan wang kalau tak jimat! Zaman 2021, banyak orang minat buat rumah decor secara DIY. Macam dengan kain ela je, boleh jahit alas meja, baju kurung, tudung, dan juga langsir. Ya, betul! Berbanding dengan langsir mahal dari kedai, kalau jahit sendiri, boleh pilih kain ela yang anda suka, jahit mengikuti citi rasa, dan bajet sendiri. Projek DIY yang paling senang sekali untuk langsir adalah langsir gaya eyelet. Mudah untuk dijahit dan mengambil masa beberapa minit je!
Apakah langsir gaya eyelet?
Langsir gaya eyelet mempunyai cincin yang besar yang digunakan untuk menggantung langsir pada rod langsir. Gaya ini nampak ringkas, moden dan boleh dipadankan dengan mana-mana bilik sahaja. Bukan sahaja dengan kain ela untuk langsir, ada juga banyak pilihan untuk cincin langsir. Ada cincin langsir besi yang berwarna perak, emas, ataupun merah jambu juga. Kalau nak langsir yang lebih unik, campurkan 2 ataupun 3 warna cincin langsir untuk langsir gaya eyelet anda! Mari ikuti cara simple ini untuk menjahit langsir gaya eyelet!
1. Dapatkan ukuran asasĀ
Ukuran asas bermaksud panjang dan lebar ruang dimana langsir akan dipasang. Adakah anda jahit langsir untuk tingkap ataupun sliding door? Nak yang lebih labuh ke lebih suka langsir yang lebih pendek supaya tidak sentuh lantai? Bila beli kain ela anda untuk projek langsir gaya eyelet DIY nanti, pastikan anda ada ukuran asas anda. Boleh je mintak tolong orang kedai untuk potong siap-siap untuk anda. Balik rumah tinggal jahit sahaja.
2.Keluarkan mesin jahit anda!
Sekarang, anda sudah ada kain ela yang dipotong khas untuk projek DIY anda. Pertama sekali, mesti jahitkan tepi sekeliling kain ela (atas, bawah, dan tepi kain ela yang baru digunting) supaya nanti finishing langsir lebih cantik dan kemas. Selepas itu, kita fokus kat bahagian tepi dan bawah terlebih dahulu. Untuk bahagian tepi (kiri dan kanan), lipat 1 inci ke dalam 2 kali. Menggosok kain dan jahit sehingga hujung kain. Untuk bahagian bawah, lipat 4 inci ke dalam 1 kali, menggosok dan menjahit sampai hujung kain. Pastikan semua lipatan dan jahitan anda menghadap bahagian dalam kain langsir anda.
3.Jahit tape eyelet & pasangkan cincin langsirĀ
Selepas anda menjahit bahagian tepi dan bawah, boleh jahit bahagian paling penting sekarang. Di bahagian atas, lipatkan 1 inci ke dalam dan letakkan curtain tape eyelet di atas lipatan anda. Jahitkan sampai hujung kain. Jahitkan sekali lagi pada bahagian bawah curtain tape eyelet. Selepas itu, guntingkan bahagian lubang mengikuti curtain tape eyelet yang sudah dijahit dengan kain ela anda. Pasangkan cincin langsir anda pada setiap lubang dan siapkan langsir gaya eyelet anda dengan rod langsir yang bersesuaian.
Siap! Projek DIY ini senang dijadikan sebagai aktiviti keluarga yang menyeronokkan ataupun sebagai aktiviti yang boleh membantu hilangkan stress dari kerja ke apa-apa! Yang paling penting sekali, murah! Semua bahan yang disebutkan boleh dibeli secara online dan all of them memang murah, tak tipu! Price kain ela kat kedai jahit ataupun Shopee ke Lazada lebih kurang sama juga, so boleh suka hati la kalau nak beli dari mana-mana.