Neelofa kelihatan lebih ayu kan setelah berhijab?
Semakin ramai selebriti Malaysia yang telah bermula menjual baju Muslimah sendiri setelah mereka sendiri mula berhijab. Selebriti-selebriti menjadi bukti bahawa pakaian Muslimah bukanlah sekadar tren malah mereka menunjukkan bahawa wanita Muslimah boleh kelihatan bergaya walau menutup aurat secara sempurna.
Antara selebriti Melayu dengan koleksi pakaian Muslimah yang unik ialah Neelofa. Selebriti kontroversi ini menjadi bualan ramai setelah beliau tampil berniqab yang jelas menampakkan keayuannya. Pada tahun 2014, Neelofa melancarkan Naelofar Hijab yang sehingga kini telah terjual di lebih 37 buah negara. Selain itu, beliau juga mula menjual turban “Be Lofa Turban” pada tahun 2018 yang “sold out” dalam masa 24 jam sahaja!
Fazura tak pernah mengecewakan dengan menampilkan design yang unik!
Pelakon berbakat dan terkenal, Nur Fazura, sentiasa mengagumkan rakyat Malaysia dengan gaya pakaiannya yang unik. Setelah berhijab, gaya fesyen Fazura hanya makin menaik. Tahukah anda, Fazura ini sebenarnya pemilik sebuah butik di Bangsar, Kuala Lumpur sejak tahun 2012 bergelar House of Doll.
Butiknya menjadi port jualan pelbagai jenis pakaian dari formal ke kasual. Terdapat juga koleksi kaftan dan tudung labuh yang menjadi rebutan wanita Malaysia.
Siapa je tak kenal Vivy Yusof kan?
Selebriti ini memang terkenal dari dulu lagi dengan brand tudungnya, dUCK, yang telah menggabungkan pelbagai reka bentuk lokal dan juga melakar sejarah dengan kolabarasi mereka dengan Disney!
Selain itu, beliau juga merupakan pengasas Lilit yang menyediakan pakaian Muslimah berkualiti pada harga yang berpatutan. Pakainnya bukan sahaja menarik mata dan hati malah turut tersedia untuk wanita dari semua bentuk dan saiz dari XXS hingga 5XL. Ini berbentuk dari polisi mereka “We love all women for the way they are.”
Selebriti-selebriti tempatan semakin inovatif dengan penyediaan pakaian Muslimah kerana mereka sedar bahawa lebih ramai wanita Malaysia selesa mengenakan baju Muslimah tetapi pada masa yang sama, mereka turut ingin pakaian Muslimah tersebut berfesyen dan tidak kelihatan bosan.
Oleh itu, pereka fesyen terkenal di Malaysia juga mula mereka pakaian Muslimah untuk para model dan klien mereka. Antara pereka tersebut termasuklah Jovian Mandagie, Rico Rinaldi serta Rizman Ruzaini.
Pada akhir hari, kita sebagai pengguna perlulah ingat, nak baju Muslimah, bukan dari selebriti sahaja, terdapat banyak butik tidak mengira online atau fizikal yang menjual baju yang menarik perhatian anda. Cuba Google sekarang, banyak je dengan baju paling latest dan paling cantik! Bak kata pepatah bahasa Inggeris, “You don’t have to wear clothes at an exorbitant price from a fancy boutique to look good”.