Gaji Tak Cukup! Apa Cara Tambah Pendapatan Yang Halal Eh?

Sebenarnya, nak tambah pendapatan mudah je, jika berusaha!

Pernah tak, akhir bulan je, gaji tak cukup, pastu kena makan Maggi je? Masa tu, mesti lah kita berfikir, kan best jika kita ada pendapatan sampingan yang boleh anda boleh guna untuk menampung perbelanjaan. Selain itu, kita juga perlu sedar, pada masa yang sama gaji minima di KL hanya RM1,200 yang sudah tentu tidak cukup dengan kos sara hidup yang tinggi.

Oleh itu, kita perlulah berfikir cara tambah pendapatan secara halal. Walau dalam masa terdesak, cara kita menjana pendapatan perlulah halal untuk rezeki yang lebih berkat.

Mesti anda fikir, kalau gaji tak cukup, kena cari kerja baru ke? Tak semestinya! Kadang-kadang anda mungkin memerlukan skil-skil tambahan yang penting untuk anda lebih mahir dalam pekerjaan yang anda lakukan. Antara laman web yang anda boleh lawati termasuk iTrain di mana rakyat Malaysia boleh mengambil sijil-sijil profesional yang boleh membantu anda dan organisasi anda bergerak ke arah masa depan.

Adakah anda mempunyai apa-apa hobi? Baking ke? Menjahit ke? Kalau ada, apa kata anda tukar hobi itu ke bisnes sampingan anda sendiri? Pada zaman sekarang, anda boleh mengiklankan bisnes anda di media sosial. Dari baking ke menjahit serta melukis dan sebagainya, semua ini merupakan cara tambah pendapatan yang amat efektif.

Jana pendapatan tambahan boleh jadi mudah!

Kadang-kadang rasa satu kerja je tak cukup kan? Hah, oleh itu, untuk tambah pendapatan, anda boleh melakukan pelbagai kerja sampingan termasuk rider, dropship, e-hailing atau kerja secara freelance yang boleh anda boleh cari di media sosial atau daftar secara online di laman web seperti Jobstreet atau Bora.

Bila dah tambah pendapatan, langkah seterusnya yang paling penting adalah berdisiplin untuk merancang kewangan anda. Untuk itu, anda boleh mengikuti kursus kewangan di mana pakar-pakar kewangan akan memberi tips berguna bagaimana anda boleh menggunakan wang sedia ada anda untuk menambah aset anda.

Ingatlah, sifat paling penting dalam usaha menjana pendapatan adalah untuk sentiasa berusaha dan kerja keras. Bila dah ada duit, sifat komited perlu ada untuk anda elakkan pembaziran wang dan berhutang. Jom, semua, mula berusaha untuk masa depan yang lebih selesa!

Leave a Reply

Your email address will not be published.